Keselamatan jalan raya adalah sangat penting sepanjang masa. Ianya tidak mengira perjalan yang jauh mahupun dekat. Raya nak dekatkan? Haa.. Walaupun bukan kita yang memandu tetapi kita bertanggungjawab mengingatkan keselamatan jalan raya kepada pemandu yang lain. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Kesabaran ketika memandu amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya. Disini saya ada sertakan langkah-langkah terbaik yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemandu untuk menjamin keselamatan jalan raya.
Langkah Keselamatan Jalan Raya Yang Perlu Adalah :
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan dahulu perjalanan anda.
- Sentiasa ikut hadlaju yang ditetapkan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna,
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Semoga dengan langkah-langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan jauh. Malah ianya juga boleh membantu kita mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak dingini.