Papan tanda ialah sesuatu penunjuk arah yang memaparkan sesuatu iklan atau tanda kepada pengguna - pengguna jalan raya. Semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mematuhi tanda - tanda isyarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan terjamin.
Antara kepentingannya adalah:
- Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
- Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
- Pemandu akan lebih berhati - hati ketika memandu di jalan raya.
- Papan tanda ini dapat mengelakkan kenderaan daripada mengalami kerosakan kerana melalui jalan yang tidak rata.
- Papan tanda ini menunjukkan arah tuju pemanduan kita.
- Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
- Menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
- Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
- Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.
Akhir kata marilah bersama-sama kita mengurangkan kenaikan kadar kemalangan jalan raya. Marilah bersama - sama mematuhi papan-papan tanda jalan raya .Anda mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment